Tuesday, February 23, 2010

Tips Menghadapi Peperiksaan (Umum)


Sebelum Peperiksaan :
  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan.
  • Ulangkaji nota secara konsisten secara individu.
  • Bina dan jawab soalan daripada nota.
  • Semak soalan-soalan yang lepas.
  • Jumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti.
  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten.
  • Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik.
  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat.
  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.

Hari Peperiksaan :

  • Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan.
  • Datang awal ke dewan peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan.
  • Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui.
  • Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda.

Semasa Peperiksaan :

  • Baca arahan dengan teliti.
  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya.
  • Baca setiap soalan dengan teliti.
  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.
  • Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam).
  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar.
  • Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan.
  • Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan.
  • Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti.
  • Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan.

Selepas Peperiksaan :

  • Elakkan daripada membuat ‘semakan’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.
  • Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan.
  • Relaks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.


Komentar

Terima Kasih Guru

Seorang insan ditabir malam Tersenyum di balik kepayahan Tidakkan layu mencurah ilmu Luas lautan baktimu guru Kau membentuk akhlak diri Agar menjadi insan berbudi Menyuluh gelita malam Terangi kehidupan Sayup dihatimu Walau pedih jalanmu Kau mendidik tanpa jemu Hanya mengharapkan Sinar kejayaan Doa restu dikau iringkan Terima kasih cahaya hatiku Tulus suci kasihmu Oh Tuhan Rahmati guru Wahai guruku yang tercinta Kan ku ingat segala jasamu Harapanmu pasti ku kotakan Agar menjadi insan gemilang
 

Blog Kemahiran Hidup (KT) SMK Taman Megah Ria Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha