Tuesday, April 28, 2015

Alatan Lukisan Teknik [Tingkatan 1]

Posted On 9:43 PM by khmegahria | 0 comments



3.1 Alatan lukisan teknik 
3.1 Alatan lukisan teknik

  • Pensel 
  • Pembaris
  • Pemadam
  • Papan lukisan
  • Sesiku T
  • Sesiku set
  • Jangka lukis
  • Jangka tolok
  • Klip kertas lukisan 

3.2 Bahan lukisan


  • Kertas grid
  • Kertas isogrid
  • Kertas lukisan


Saturday, October 11, 2014

Sesi pengajaran Bab Jahitan Tingkatan 1. Topik : Bahagian Mesin Jahit

Posted On 10:55 PM by khmegahria | 0 comments


Video pengajaran topik Mesin Jahit (Tingkatan 1)


Sesi Pengajaran Tajuk Elektronik - Topik : Litar Bersepadu (Integrated Circuit)

Posted On 10:49 PM by khmegahria | 0 comments




Terima kasih kepada guru yang memuat naik video ini. Para pelajar boleh melihat video ini sambil merujuk kepada buku rujukan yang sesuai ataupun buku teks. Di harap ia dapat membantu kefahaman pelajar sekalian.


Tuesday, July 12, 2011

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 5 - Jenis Mesin Jahit

Posted On 9:16 PM by khmegahria | 0 comments


Jenis-jenis mesin jahit:

1) Mesin Jahit Tangan
- Mesin jahit tangan adalah mesin jahit pertama diperkenalkan. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.


2) Mesin Jahit Kaki
-Mesin jahit kaki merupakan penyelesaian masalah kepada mesin jahit tangan. Kedua2 tangan dapat berfungsi mengawal fabrik, manakala kaki digunakan untuk memusingkan roda imbang.


3) Mesin Jahit Elektrik
- Mesin jahit elektrik digerakkan dengan kuasa elektrik. Masih menggunakan kaki untuk menekan pedal kawalan.


4) Mesin Jahit Elektronik- Mesin jahit elektronik merupakan mesin jahit terkini yang canggih. Mesin jahit ini boleh menjahit pelbagai jenis jahitan atau corak dengan hanya menekan butang tertentu.


Thursday, May 19, 2011

[Nota] Tingkatan 3 - Bab 2 - Elektrik : Meter kWj dan Mengira Kos Tenaga Elektrik

Posted On 12:32 PM by khmegahria | 2 comments


BAB 2: ELEKTRIK

2.1 Meter Kilowatt Jam
- Digunakan untuk menyukat tenaga elektrik yang digunakan.
- Ini membolehkan pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) untuk membuat pengiraan jumlah tenaga elektrik.
- Ada 2 jenis meter kwj:
i. Meter analog
ii. Meter digital

2.2 Mengira kos tenaga elektrik
- Setiap bulan, unit penggunaan tenaga elektrik akan disukat.
- Unit Tenaga elektrik disukat dalam unit kWj
- Cara mengira unit tenaga elektrik yang digunakan ialah:

Bacaan meter semasa - Bacaan meter bulan sebelumnya

- TNB akan menetapkan harga yang disebut sebagai ‘kadar tarif’.
- Bil elektrik akan dihantar ke rumah/pejabat/bangunan pada setiap bulan.

Contoh Pengiraan:

Bacaan meter semasa (terkini) = 14000
Bacaan meter bulan sebelumnya = 13850
Oleh itu, unit tenaga yang digunakan ialah 14000 – 13850 = 150 unit
Untuk mengira bil yang perlu dibayar, semak kadar tarif elektrik. Sebagai contoh, lihat kadar tarif di bawah;
Kadar tarif: 200 unit pertama = 0.218sen/unit
Setiap unit berikutnya = 0.258sen/unit

Kadar penggunaan elektrik hanya 150 unit (tidak melebihi 200), oleh itu:
150 X 0.218sen = RM32.70 (kos bil bulan tersebut)


Monday, April 25, 2011

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 7 : Elektrik - Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

Posted On 9:14 PM by khmegahria | 0 comments


BAB 7
TOPIK 3
UNIT KAWALAN UTAMA
BEKALAN ELEKTRIK DOMESTIK

Sistem bekalan elektrik di rumah dilengkapi dan dipasang dengan alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada papang agihan

Komponen dalam unit kawalan utama

1) Fius perkhidmatan
-Berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arus berlebihan

2) Suis utama
- Berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik serta mengawal arus berlebihan

3) Meter kilowatt jam
- Berfungsi menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan.

4) Kotak agihan berfius
- Berfungsi sebagai pengagih litar dan mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan.

5) Pemutus litar
- Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran arus atau litar pintas serta memberi perlindungan kepada perkakas elektrik dan pengguna.
- ada 3 jenis pemutus litar
a) Pemutus litar bocor bumi (ELCB)
b) Pemutus litar arus baki (RCCB)
c) Pemutus litar miniatur (MCB)


Komentar

Terima Kasih Guru

Seorang insan ditabir malam Tersenyum di balik kepayahan Tidakkan layu mencurah ilmu Luas lautan baktimu guru Kau membentuk akhlak diri Agar menjadi insan berbudi Menyuluh gelita malam Terangi kehidupan Sayup dihatimu Walau pedih jalanmu Kau mendidik tanpa jemu Hanya mengharapkan Sinar kejayaan Doa restu dikau iringkan Terima kasih cahaya hatiku Tulus suci kasihmu Oh Tuhan Rahmati guru Wahai guruku yang tercinta Kan ku ingat segala jasamu Harapanmu pasti ku kotakan Agar menjadi insan gemilang
 

Blog Kemahiran Hidup (KT) SMK Taman Megah Ria Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha