Monday, April 25, 2011

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 7 : Elektrik - Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik


BAB 7
TOPIK 3
UNIT KAWALAN UTAMA
BEKALAN ELEKTRIK DOMESTIK

Sistem bekalan elektrik di rumah dilengkapi dan dipasang dengan alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada papang agihan

Komponen dalam unit kawalan utama

1) Fius perkhidmatan
-Berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arus berlebihan

2) Suis utama
- Berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik serta mengawal arus berlebihan

3) Meter kilowatt jam
- Berfungsi menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan.

4) Kotak agihan berfius
- Berfungsi sebagai pengagih litar dan mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan.

5) Pemutus litar
- Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran arus atau litar pintas serta memberi perlindungan kepada perkakas elektrik dan pengguna.
- ada 3 jenis pemutus litar
a) Pemutus litar bocor bumi (ELCB)
b) Pemutus litar arus baki (RCCB)
c) Pemutus litar miniatur (MCB)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Post a Comment

Komentar

Terima Kasih Guru

Seorang insan ditabir malam Tersenyum di balik kepayahan Tidakkan layu mencurah ilmu Luas lautan baktimu guru Kau membentuk akhlak diri Agar menjadi insan berbudi Menyuluh gelita malam Terangi kehidupan Sayup dihatimu Walau pedih jalanmu Kau mendidik tanpa jemu Hanya mengharapkan Sinar kejayaan Doa restu dikau iringkan Terima kasih cahaya hatiku Tulus suci kasihmu Oh Tuhan Rahmati guru Wahai guruku yang tercinta Kan ku ingat segala jasamu Harapanmu pasti ku kotakan Agar menjadi insan gemilang
 

Blog Kemahiran Hidup (KT) SMK Taman Megah Ria Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha