Monday, April 25, 2011

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 6 : Tanaman Hiasan - Penjagaan Anak Pokok


Penjagaan Anak Pokok

Penjagaan anak pokok keratan batang adalah penting untuk menghasilkan pokok yang sihat dan subur.

Menyiram
1. Tujuan utama menyiram adalah untuk memastikan bahawa akar dibekalkan dengan air.
2. Secukup air perlu diberi supaya dapat meresap ke seluruh medium dalam pasu.
3. Penyiraman air yang tidak mencukupi hanya dapat membasahi lapisan di atas, manakala kawasan akar adalah kering sahaja.
4. Pasu-pasu yang terdedah sepenuhnya pada cahaya perlu disiram 2 kali sehari.
5. pasu-pasu yang diletak di tempat teduh perlu disiram sekali sehari.

Menggembur tanah

1. Menggembur tanah di permukaan pasu beerti melonggarkan tanah supaya dapat memperbaiki pengudaraan tanah dan penembusan air.
2. penggemburan dapat dilakukan dengan menggunakan sudip tangan atau serampang tangan.
3. amalan penggemburan permukaan tanah juga dapat mengawal pertumbuhan rumpai.

Merumput
1. Rumpai mengganggu tumbesaran anak pokok kerana bersaing dengan anak pokok untuk mendapatkan ruang, nutrien, air dan cahaya.
2. Rumpai juga menjadi tempat pembiakan serangga perosak dan punca penyakit.
3. Merumput dilakukan sebaik sahaja apabila rumpai mula tumbuh di permukaan tanah.
4. Alatan yang biasa digunakan ialah serampang tangan atau sudip tangan.
5. Bagi rumpai yang kecil, mencabut dengan tangan adalah cara yang paling mudah dan sesuai.

Membaja
1. Membaja bermaksud membekalkan nutrien yang diperlukan oleh anak pokok.
2. Membaja perlu dilakukan secara berkala mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pembuat baja.
3. Ada tiga kaedah membaja:
a. Tabur gaul
b. Semburan
c. Tanam alur

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Post a Comment

Komentar

Terima Kasih Guru

Seorang insan ditabir malam Tersenyum di balik kepayahan Tidakkan layu mencurah ilmu Luas lautan baktimu guru Kau membentuk akhlak diri Agar menjadi insan berbudi Menyuluh gelita malam Terangi kehidupan Sayup dihatimu Walau pedih jalanmu Kau mendidik tanpa jemu Hanya mengharapkan Sinar kejayaan Doa restu dikau iringkan Terima kasih cahaya hatiku Tulus suci kasihmu Oh Tuhan Rahmati guru Wahai guruku yang tercinta Kan ku ingat segala jasamu Harapanmu pasti ku kotakan Agar menjadi insan gemilang
 

Blog Kemahiran Hidup (KT) SMK Taman Megah Ria Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha