Sunday, April 11, 2010

[Nota] Tingkatan 3 - Bab 3 - Elektronik - Suis Mikro


SUIS MIKRO


- Suis mikro mempunyai 3 kaki. Kaki pertama merupakan kaki utama.

- kaki pertama dipanggil sebagai COM (common)

- kaki tengah ialah NO (normally open)

- kaki ketiga ialah NC (normally close)

- Suis ini boleh berfungsi sebagai suis tekan tutup apabila kaki COM disambung dengan kaki NO.

- Suis ini boleh berfungsi sebagai suis tekan buka apabila kaki COM disambung dengan kaki NC.

- Alat pemateri yang sesuai berkuasa 15W – 30W


Tuesday, April 6, 2010

[Nota] Tingkatan 2 - Bab 1 - Reka Bentuk dan Penghasilan Projek


BAB 1: REKA BENTUK

1.1Faktor reka bentuk

Ada 9 faktor reka bentuk:

(1) Fungsi – reka bentuk boleh berfungsi
(2) Rupa bentuk – rupa yang menarik
(3) Kesesuaian bahan – bahan yang sesuai
(4) Kaedah pembinaan – sistematik dan teratur
(5) Ketahanan – tahan lama
(6) Kemasan – menarik dan sesuai warnanya
(7) Kos produk – harga yang berpatutan
(8) Nilai komersial – menepati kehendak pengguna
(9) Keselamatan – selamat untuk digunakan


1.2 Jenis Bahan dan Pengikat

(1) Aluminium
-Ialah logam bukan ferus Ringan, tidak berkarat Mudah dibentuk Pengalir elektrik dan haba yang baik Sesuai untuk barang perhiasan, kabel elektrik dan peralatan rumah.

(2) Keluli
· Sejenis logam ferus
· Mudah dibentuk dan mudah berkarat jika tidak dicat.
· Sesuai untuk membuat skru, paku, jeriji pintu dan tiang bangunan.

(3) PVC (Poly Vynil Chlorida)
· Bersifat ringan, tidak berkarat, mudah dikendali
· Mudah disambung dengan soket atau simen pelarut.
· Banyak digunakan dalam kerja perpaipan.

(4) Perspek
· Mempunyai permukaan licin dan berkilat.
· Kepingan plastik yang keras.
· Terdapat pelbagai warna.
· Sesuai untuk membuat papan tanda/no.plet.


[Latihan] Tingkatan 3 - Bab 2 - Elektrik


SELAMAT MENCUBA....

1. Antara yang berikut manakah bahagian utama motor DC
I Berus karbon
II Penukartertib
III Kapasitor
IV Magnet
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

2. Antara berikut manakah merupakan fungsi utama sebuah motor DC?
A Menukar tenaga elektrik ke tenaga mekanikal
B Menukar tenaga mekanikal ke tenaga elektrik
C Menukar tenaga haba ke tenaga elektrik
D Menukar tenaga elektrik ke tenaga haba

3. Antara peralatan berikut manakah yang menggunakan mekanisme
penghantaran kuasa dari aci ke takal?
A Mesin gerudi mudah alih
B Permainan Kit robot
C Mesin gergaji jig
D Mesin gerudi lantai

4. Antara berikut yang manakah terdapat pada bil elektrik?
I Bacaan bulan lepas
II Bacaan bulan semasa
III Kadar tarif
IV Senarai peralatan yang digunakan
A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D II, III, dan IV

5. Antara berikut manakah yang terdapat pada bahagian motor DC?
I Berus karbon
II Penukartertib
III Magnet kekal
IV Gegelung angker
A I dan III
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

6. Pada bulan Mei bacaan meter kWj adalah 3392 dan pada bulan Jun ialah 3782. Berapakah jumlah unit tenaga yang digunakan ?
A 290 unit
B 390 unit
C 3392 unit
D 3782 unit

7. Antara berikut penyataan manakah benar mengenai meter kilowatt jam kWj) jenis digital ?
I Terdiri daripada meter berskala
II Bacaan di buat dari kiri ke kanan
III Nombor 1/10 tidak di ambil kira
IV Terdiri daripada meter berdigit
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV


Kadar Tarif
200 unit pertama
RM 0.218 seunit
800 unit berikut
RM 0.258 seunit
Bagi setiap unit tambahan
RM 0.278 seunit

8. Berdasarkan Jadual di atas kirakan jumlah bayaran jika 378 unit tenaga
elektrik digunakan
A RM 43.60
B RM 82.41
C RM 89.52
D RM 97.52

9. Alat yang menggunakan motor DC kecuali
A skuter elektrik
B kereta mainan kawalan jauh
C kipas radiator kereta
D kipas siling

10. Plat perincian motor DC memberikan maklumat berikut
I jenis (DC / AC)
II kuasa bekalan (power)
III putaran (rpm)
IV rintangan (ohm)

A I, II dan III
B II,III dan IV
C I, III dan VI
D I, II dan VI

11. Terdapat dua jenis motor iaitu
A motor DC dan motor AC
B motor AC dan motor ulangalik
C motor DC dan motor arus terus
D motor automatik dan separuh automatik

12. Bahagian utama motor DC adalah seperti berikut kecuali
A rangka utama
B magnet kekal dan gegelung angker
C berus karbon dan penukartertib
D aci dan gear


Monday, April 5, 2010

[Nota] Tingkatan 3 - Bab 6 - Enjin


ALATAN TANGAN
  1. Sepana hujung terbuka
    • Digunakan untuk membuka nat
    • Setiap satu dipasangkan dengan dua saiz hujung yang berbeza
  2. sepana gelang
  3. Sepana boleh laras
    • Digunakan untuk melonggar dan mengetatkan dat dalam pelbagai saiz
  4. Pelayar gabung
  5. Pelayar muncung tirus
  6. Soket
  7. Soket dalam
  8. tangkai L
  9. Tangkai hayun
  10. Tangkai pelaju
  11. Tangkai gear sala
  12. Pemutar skru
  13. Tolok perasa
  14. Perengkuh daya kilas
JENIS PENGIKAT
  1. Nat segiempat
  2. Nat segienam
  3. nat Telinga
  4. Bol
  5. Stad
BAHAGIAN LUAR ENJIN

Bahagian luar dan keratan dalam enjin
  1. Kepala silinder
  2. Koil
  3. Roda tenaga
  4. magnet kekal
  5. Takung minyak
  6. Palam buang minyak
  7. kabel voltan tinggi
  8. Aci pengantar kuasa
  9. Oleng
  10. Piston
  11. Sirip penyejuk
  12. Ruang pembakaran
BAHAGIAN DALAM ENJIN
  1. Kepala piston
  2. Gelang piston
  3. Badan piston
  4. Lengan piston
  5. Hujung besar
  6. Cemat oleng
  7. Cemat piston

Bahagian Piston
  1. Aci pengantar kuasa
  2. Gear
  3. Pengimbang
  4. Bering

Bahagian aci oleng
  1. Kebuk enjin
  2. Aci oleng
  3. Roda tenaga
  1. Injap masuk
  2. Salur masuk
  3. Dinding kebuk
  4. Kotak oleng
  5. Takung minyak
  6. Minyak pelincir
  7. Oleng
  8. Lengan piston
  9. Piston
  10. Ruang pembakaran
  11. Salur ekzos
  12. Injap ekzos
  13. Palam pencucuh
Bahagian palam pencucuh.
  1. Nat punca
  2. Penebat
  3. Capaian
  4. Elektrod bumi
  5. Celahan
Injap dan Tapet
  1. Injap
  2. Spring
  3. Tapet
PRINSIP ENJIN EMPAT LEJANG
Lejang Masuk Lejang Mampatan Lejang Kuasa Lejang ekzos
  • Piston turun
  • Bergerak dari TTA ke TTB
  • Aci oleng berpusing 180
  • Injap masuk buka
  • Injap ekzos tutup
  • Campuran udara bahan api disedut masuk
  • piston naik
  • Aci oleng berpusing 360
  • Injap masuk tutup
  • Injap ekzos tutup
  • Campuran udara bahan api dimampatkan
  • piston turun
  • Aci oleng berpusing 540
  • Injap masuk tutup
  • Injap ekzoz tutup
  • Campuran udara bahan api dibakar oleh percikan bunga api palam pencucuh
  • piston naik
  • Aci oleng berpusing 720
  • Injap masuk tutup
  • Injap ekzos buka
  • Sisa pembakaran campuran udara bahan api di tolak keluar
SISTEM-SISTEM ENJIN
Sistem bahan api
  1. Fungsi
    • Membekalkan bahan api dengan nisbah campuran yang betul pada masa yang betul
  2. Bahagian
  1. Tangki bahanapi
  2. Injap bahan api
  3. Salur bahan api
  4. Pembersih udara
  5. Kaburetar
  6. Salur masuk
kaburetor
  1. Injap cok
  2. Venturi
  3. Skru pepura
  4. mangkuk pelampung
  5. injap pendikit
  6. pelaras kelajuan
Kerantan rentas kaburetor
  1. Injap cok
  2. Venturi
  3. Campuran udara bahanapi
  4. injap pendikit
  5. Skru pepura
  6. mangkuk pelampung
  7. Pelampung
  8. Injap jarum
  9. muncung utama
Sistem nyalaan
  1. Fungsi
    • Mengeluarkan percikan bunga api di dalam ruang pembakaran pada masa yang betul
  2. Jenis sistem nyalaan
    1. Sistem nyalaan magneto
      • Digunakan dalam enjin kecil
    2. Sistem nyalaan bateri
      • Digunakan dalam enjin kereta dan yang lebih besar
  3. Bahagian sistem nyalaan magneto

    1. Magnet kekal (dalam roda tenaga)
    2. sesondol
    3. kondensor
    4. titik sesentuh
    5. kebel tegangan tinggi
    6. Palam pencucuh

Sistem ekzoz
Sisten pelinciran
Sistem penyejukan

  1. Sirip penyejuk
  2. Roda tenaga
  3. perumah penghembus

SERVIS ENJIN
  1. Menggantikan palam pencucuh

    Elektrod berkeadaan baik.

    Elektrod telah haus

    Elektrod ditutupi oleh karbon

    Elektron diselaputi minyak
  2. Menggantikan minyak pelincir


    A = Aras Minima , B = Aras Maksima


    Memeriksa aras minyak pelincir


Komentar

Terima Kasih Guru

Seorang insan ditabir malam Tersenyum di balik kepayahan Tidakkan layu mencurah ilmu Luas lautan baktimu guru Kau membentuk akhlak diri Agar menjadi insan berbudi Menyuluh gelita malam Terangi kehidupan Sayup dihatimu Walau pedih jalanmu Kau mendidik tanpa jemu Hanya mengharapkan Sinar kejayaan Doa restu dikau iringkan Terima kasih cahaya hatiku Tulus suci kasihmu Oh Tuhan Rahmati guru Wahai guruku yang tercinta Kan ku ingat segala jasamu Harapanmu pasti ku kotakan Agar menjadi insan gemilang
 

Blog Kemahiran Hidup (KT) SMK Taman Megah Ria Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha