Terima kasih kepada guru yang memuat naik video ini. Para pelajar boleh melihat video ini sambil merujuk kepada buku rujukan yang sesuai ataupun buku teks. Di harap ia dapat membantu kefahaman pelajar sekalian.
Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru
Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan
Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan
Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru
Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang
Objektif
1. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran KH
2. Mempelbagaikan kaedah pengajaran Kemahiran Hidup.
3. Menggunakan kemudahan yang ada dalam memperkembangkan lagi minat serta potensi pelajar.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Pengumuman:
Laman web ini dan kandungannya adalah hak cipta dipelihara oleh pihak Pencipta Sistem, kecuali diberitahu di mana-mana tempat di laman web ini. Anda boleh meniru, muat turun, menayangkan, menyebarkan, membuat balik, mengubah, menjual, menyewa, atau pelbagai cara selagi ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja dan bukan digunakan untuk mencari keuntungan.