Monday, August 23, 2010

Aktiviti Masakan Hidangan Sepinggan Lengkap 2A & 2B


Berikut ada gambar-gambar sewaktu aktiviti dijalankan;-


Kumpulan 1 : Maggi De La Paris

Kumpulan 2: Nasi Goreng Chamek & Tom Yam Chunn

Kumpulan 3: Dragon Long Kung Fu Mee

Kumpulan 4: Sandwich Telur Mayonaise + Air Cincau


Wednesday, August 18, 2010

[Nota] Tingkatan 1 - Bab 8 - Asas Elektromekanikal - Konsep pergerakan


Konsep pergerakan mekanikal
- Pergerakan mekanikal ialah satu sistem yang membolehkan sesuatu barang bergerak atau berputar.

Pergerakan mekanikal ada 3 cara:
1. Manual - yang digerakkan oleh manusia. Contoh: basikal, gerudi tangan, pemukul telur.
2. Enjin – digerakkan oleh bahan api(petrol). Contoh: kereta, motosikal, mesin rumput, bot.
3. Motor elektrik – motor elektrik (suis/bateri) – kipas elektrik, mesin gerudi, mesin basuh.

Jenis pergerakan mekanikal ada 2 :
1. Pergerakan lurus
2. Pergerakan putaran

Pergerakan mekanikal akan melalui keadaan berikut :
INPUT -> PROSES -> OUTPUT

Contoh: Pergerakan basikal
INPUT (Pergerakan kaki manusia)
PROSES (Pergerakan gear dan rantai basikal)
OUTPUT (Pergerakan tayar basikal)

==========================================================


Tuesday, August 17, 2010

[Nota] Tingkatan 2 - Bab 4 - Masakan


4.1 Perancangan Menu
-Berikut adalah faktor-faktor penting yang perlu diambil kira sewaktu merancang menu atau menrancang sesuatu masakan:
• Tujuan hidangan (formal atau tidak formal)
• Kegemaran/Ketidak sukaan ahli.
• Keperluan (berkaitan kesihatan ahli)
• Keseimbangan sajian (warna, rasa, bahan, kaedah)
• Perbelanjaan (wang, bajet)
• Bilangan ahli keluarga.

4.2 Hidangan Sepinggan Lengkap
- Hidangan Sepinggan Lengkap ialah hidangan yang seimbang yang mempunyai kandungan nutrien yang lengkap untuk tubuh. (nutrien ialah karbohidrat, protein, vitamin, lemak, garam mineral dan air)
Contoh:-
• Bagi cara orang timur – mi goreng, nasi lemak, nasi goreng
• Bagi cara barat – burger, sandwic, pizza
• Bagi masyarakat setempat – lontong, laksa johor, nasi dagang
• Minuman:-
- minuman berkhasiat: susu, koko, bijirin
- minuman menyegarkan: air buah, air botol atau tin.

4.3 Alat kelengkapan dapur
- alat kelengkapan dapur seperti alas meja, kain dapur, gubahan bunga dan kad menu digunakan semasa menyedia, memasak dan menyaji makanan.
- makanan yang dihidangkan dengan alatan dan kelengkapan dapur yang sempurna akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan.


Sunday, April 11, 2010

[Nota] Tingkatan 3 - Bab 3 - Elektronik - Suis Mikro


SUIS MIKRO


- Suis mikro mempunyai 3 kaki. Kaki pertama merupakan kaki utama.

- kaki pertama dipanggil sebagai COM (common)

- kaki tengah ialah NO (normally open)

- kaki ketiga ialah NC (normally close)

- Suis ini boleh berfungsi sebagai suis tekan tutup apabila kaki COM disambung dengan kaki NO.

- Suis ini boleh berfungsi sebagai suis tekan buka apabila kaki COM disambung dengan kaki NC.

- Alat pemateri yang sesuai berkuasa 15W – 30W


Tuesday, April 6, 2010

[Nota] Tingkatan 2 - Bab 1 - Reka Bentuk dan Penghasilan Projek


BAB 1: REKA BENTUK

1.1Faktor reka bentuk

Ada 9 faktor reka bentuk:

(1) Fungsi – reka bentuk boleh berfungsi
(2) Rupa bentuk – rupa yang menarik
(3) Kesesuaian bahan – bahan yang sesuai
(4) Kaedah pembinaan – sistematik dan teratur
(5) Ketahanan – tahan lama
(6) Kemasan – menarik dan sesuai warnanya
(7) Kos produk – harga yang berpatutan
(8) Nilai komersial – menepati kehendak pengguna
(9) Keselamatan – selamat untuk digunakan


1.2 Jenis Bahan dan Pengikat

(1) Aluminium
-Ialah logam bukan ferus Ringan, tidak berkarat Mudah dibentuk Pengalir elektrik dan haba yang baik Sesuai untuk barang perhiasan, kabel elektrik dan peralatan rumah.

(2) Keluli
· Sejenis logam ferus
· Mudah dibentuk dan mudah berkarat jika tidak dicat.
· Sesuai untuk membuat skru, paku, jeriji pintu dan tiang bangunan.

(3) PVC (Poly Vynil Chlorida)
· Bersifat ringan, tidak berkarat, mudah dikendali
· Mudah disambung dengan soket atau simen pelarut.
· Banyak digunakan dalam kerja perpaipan.

(4) Perspek
· Mempunyai permukaan licin dan berkilat.
· Kepingan plastik yang keras.
· Terdapat pelbagai warna.
· Sesuai untuk membuat papan tanda/no.plet.


[Latihan] Tingkatan 3 - Bab 2 - Elektrik


SELAMAT MENCUBA....

1. Antara yang berikut manakah bahagian utama motor DC
I Berus karbon
II Penukartertib
III Kapasitor
IV Magnet
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

2. Antara berikut manakah merupakan fungsi utama sebuah motor DC?
A Menukar tenaga elektrik ke tenaga mekanikal
B Menukar tenaga mekanikal ke tenaga elektrik
C Menukar tenaga haba ke tenaga elektrik
D Menukar tenaga elektrik ke tenaga haba

3. Antara peralatan berikut manakah yang menggunakan mekanisme
penghantaran kuasa dari aci ke takal?
A Mesin gerudi mudah alih
B Permainan Kit robot
C Mesin gergaji jig
D Mesin gerudi lantai

4. Antara berikut yang manakah terdapat pada bil elektrik?
I Bacaan bulan lepas
II Bacaan bulan semasa
III Kadar tarif
IV Senarai peralatan yang digunakan
A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D II, III, dan IV

5. Antara berikut manakah yang terdapat pada bahagian motor DC?
I Berus karbon
II Penukartertib
III Magnet kekal
IV Gegelung angker
A I dan III
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

6. Pada bulan Mei bacaan meter kWj adalah 3392 dan pada bulan Jun ialah 3782. Berapakah jumlah unit tenaga yang digunakan ?
A 290 unit
B 390 unit
C 3392 unit
D 3782 unit

7. Antara berikut penyataan manakah benar mengenai meter kilowatt jam kWj) jenis digital ?
I Terdiri daripada meter berskala
II Bacaan di buat dari kiri ke kanan
III Nombor 1/10 tidak di ambil kira
IV Terdiri daripada meter berdigit
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV


Kadar Tarif
200 unit pertama
RM 0.218 seunit
800 unit berikut
RM 0.258 seunit
Bagi setiap unit tambahan
RM 0.278 seunit

8. Berdasarkan Jadual di atas kirakan jumlah bayaran jika 378 unit tenaga
elektrik digunakan
A RM 43.60
B RM 82.41
C RM 89.52
D RM 97.52

9. Alat yang menggunakan motor DC kecuali
A skuter elektrik
B kereta mainan kawalan jauh
C kipas radiator kereta
D kipas siling

10. Plat perincian motor DC memberikan maklumat berikut
I jenis (DC / AC)
II kuasa bekalan (power)
III putaran (rpm)
IV rintangan (ohm)

A I, II dan III
B II,III dan IV
C I, III dan VI
D I, II dan VI

11. Terdapat dua jenis motor iaitu
A motor DC dan motor AC
B motor AC dan motor ulangalik
C motor DC dan motor arus terus
D motor automatik dan separuh automatik

12. Bahagian utama motor DC adalah seperti berikut kecuali
A rangka utama
B magnet kekal dan gegelung angker
C berus karbon dan penukartertib
D aci dan gear


Komentar

Terima Kasih Guru

Seorang insan ditabir malam Tersenyum di balik kepayahan Tidakkan layu mencurah ilmu Luas lautan baktimu guru Kau membentuk akhlak diri Agar menjadi insan berbudi Menyuluh gelita malam Terangi kehidupan Sayup dihatimu Walau pedih jalanmu Kau mendidik tanpa jemu Hanya mengharapkan Sinar kejayaan Doa restu dikau iringkan Terima kasih cahaya hatiku Tulus suci kasihmu Oh Tuhan Rahmati guru Wahai guruku yang tercinta Kan ku ingat segala jasamu Harapanmu pasti ku kotakan Agar menjadi insan gemilang
 

Blog Kemahiran Hidup (KT) SMK Taman Megah Ria Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha